Kumpulan pakar kami yang berpengelaman dan berpengetahuan khusus dalam industri menyediakan perkhidmatan rundingan kewangan dan pengurusan kepada syarikat dan individu.

Inilah pasukan teras Leverage3.

PAUL KUAN
PENGARAH


Paul membawa dengannya pengalaman selama 12 tahun dalam pelbagai bidang perbankan, termasuk pengurusan wang korporat, operasi, solusi perbankan elektronik, pengurusan produk, perbankan pengguna dan perkhidmataan pelanggan. Beliau dianugerahkan “Eagle Award” untuk kecermelangan perbankan dari Hong Leong Bank semasa memegang jawatan sebagai pengurus produk di bahagian Perbankan Peruncit. Beliau juga menerima “Brilliance Award” dari ABN Amro Bank, di mana beliau mengetuai bahagian Perniagaan Pengurusan Wang Tunai Korporat.

Paul juga mempunyai pengalaman sebanyak 9 tahun sebagai penasihat korporat dalam pelbagai segi kewangan korporat seperti penggabungan dan pengambilalihan, struktur modal dan kewangan, pengoptimuman kunci kira-kira dan kecekapan operasi. Pengalaman ini dikumpul semasa beliau memegang jawatan di Leverage3 International yang diasaskan bersama olehnya pada tahun 2001. Paul juga mengetuai bahagian pembiayaan premium insurans Leverage3 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Selain dari perkhidmatan kewangan, Paul juga mahir dalam industri telekomunikasi dan teknologi. Sebelum beliau mengetuai perniagaan pengurusan wang tunai di ABN Amro Bank, beliau pernah menjadi Pengurus Negara untuk Perkhidmatan Pengguna dan Kad Korporat AT&T di Malaysia. Di AT&T, beliau dihargai dengan President’s Award untuk sumbangannya kepada syarikat itu.

Paul mempunyai lulusan B.B.A. Perbankan dan Kewangan dari University of North Florida, USA.

LENG KEAN YONG (Yang)
PENGARAH


Yang sudah berada dalam bidang kewangan dan pemasaran untuk lebih dari 15 tahun. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang strategi perniagaan, dari hal-hal kewangan ke perancangan perniagaan dan pemasaran. Beliau telah melaksanakan dengan jayanya projek-projek untuk industri kecil-sederhana, syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia dan juga perbadanan multinasional, pada tahap setempat dan global. Projek-projek ini merangkumi latihan IPO, laporan kajian industri, perancangan pelan perniagaan 5 tahun, rangka tindakan strategi pemasaran, pelaksanaan pengurusan hubungan pelanggan, kajian kemasukan pasaran dan kebolehlaksanaan, dan pernilaian penggabungan dan pengambilalihan.

Sebelum menyertai Leverage3 Malaysia, Yang juga Pengurus di Leverage3 International. Beliau dulu juga Pengurus Projek untuk Synovate Sdn Bhd dan sebelum itu, Pengurus Kanan untuk ACNielsen Malaysia Sdn Bhd. Semasa memegang jawatannya di ACNielsen, Yang diberi 3 anugerah ACNielsen untuk sumbangannya dalam pelaksanaan strategi utama untuk operasi tempatan firma itu. Yang memulakan kerjayanya dengan BBMB Securities Sdn Bhd, mentaksir urus janji penggabungan dan pengambilalihan, menaja jamin IPO, membiayai pra-IPO dan pelbagai alat pemasaran hutang.

Yang memiliki BBA dalam Kewangan dari Western Michigan University (cum laude). Yang juga mempunyai pelbagai sijil yang diperoleh melalui latihan dan pengemaskinian dalam bidang-bidang pemasaran selama kerjayanya dengan pelbagai firma perunding kajian pemasaran. Kini Yang juga mengurus tabung budi bicara untuk syarikat dan individu bernilai bersih tinggi.

AHMAD KAMAL SHEIKH AWAB
PENGARAH / PENASIHAT


Kamal merupakan seseorang yang berpengalaman tinggi dalam perbankan dan pengurusan perniagaan. Selama 33 tahun, beliau telah membuktikan rekod kejayaan yang cemerlang dalam bidang pengurusan kredit dan risiko, perkhidmatan transaksi global, pasaran modal, kewangan korporat, derivatif dan pelbagai pakej kewangan EXIM. Ini semua dilakukan semasa beliau berkhidmat dengan institusi kewangan global seperti Citibank, ABN Amro Bank dan Deutsche Bank. Beliau terkenal dan diakui untuk caranya menguruskan hubungan dengan multinasional global, institusi kewangan dan syarikat korporat tempatan di Malaysia. Sebelum Leverage3 International, Kamal bekerja sebagai Pengurus Am Kanan untuk salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia, iaitu Malaysia National Insurance Berhad.

Kamal mengetuai Global Corporate and Financial Institutions untuk Commercial Bank of Qatar di Doha, Qatar dari tahun 2008 ke 2011. Di situ, beliau didedahkan kepada askpek-aspek pasaran seantero yang lain.

Beliau memperoleh Masters of Business Administration (MBA) dari Henley / Brunel University, United Kingdom. Beliau sentiasa mereka semula dan memperbaharui dirinya sendiri dalam bidang kewangan melalui kursus-kursus yang dihadirinya di insititusi kewangan global.

KAMIL SUHAIMI ABDUL MAJID
PENGARAH / PENASIHAT


Kamil mempunyai pengalaman 33 tahun dalam bidang perbangkan dan pengurusan perniagaan, terutamanya dalam jurusan kredit. Dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan kewangan, beliau merupakan ahli penting pasukan pengurusan Leverage3. Sebelum menyertai Leverage3, beliau menjadi Naib President bahagian Perbankan Korporat dan Komersil untuk Asian Finance Bank (AFB) di mana dia bertanggungjawab untuk perkembangan menyeluruh Perniagaan Perbankan Korporat yang merentasi pelbagai sektor pasaran termasuk Government, Government Linked Companies (GLC), Multi National Companies (MNC), Large Local Corporate (LLC) dan pelanggan institusi. Selain daripada menjadi pakar dalam produk perbankan korporat seperti kewangan penggal, kewangan modal bekerja, kewangan perantaraan dan kewangan perdagangan, beliau juga ditugaskan dengan tanggungjawab menjaga dan mengurus pasukan Pengurus Perhubungan di bahagian perbankan korporat dan komersil di dalam bank.

Sebelum menyertai AFB, Kamil menjadi Ketua Perbankan Islam untuk EON Bank Berhad, di mana beliau mengurus secara menyeluruh kegiatan Operasi Perbankan Islam bank tersebut. Hasil sumbangan beliau semasa memegang jawatan itu ialah bank tersebut sekarang mendahului pasaran perbankan Islam di Malaysia. Pengalaman beliau dengan perbankan Islam bermula dari jawatannya sebagai Pengurus Kanan di MBf Finance Berhad, di mana beliau melalui seluruh skop pengkhususan ini. Ditambah pula kepada pengalamannya dengan Perwira Affin Bank, Public Bank Berhad dan Bank Bumiputera Malaysia Berhad, ini telah membentuk dirinya menjadi seorang pengurus bank yang serba boleh, berpengetahuan tinggi dan berpengalaman luas.

Kamil mempunyai lulusan diploma Pengajian Perbankan dari UiTM, Malaysia, BSc Kewangan dari Northern Illinois University (NIU), USA dan MBA dari Morehead State University (MSU), USA.