Diasaskan pada tahun 2004, H2O Premium Management Sdn Bhd telah membuktikan
kedudukannya sebagai syarikat yang menawarkan pelanggan dan pemegang amanah
hartanya produk dan servis kewangan yang berpiawaian tinggi. Ini dapat
dibuktikan melalui hasil kerjasama H2O Premium Management Sdn Bhd dengan
pembekal insurans dan Takaful tempatan dan asing yang terbesar dan berjenama
yang menawarkan pembiayaan premium insurans, seperti Lon Pac Insurance dan
Syarikat Takaful Malaysia.
H2O Premium Management Sdn. Bhd. juga merupakan rakan strategik beberapa
peruncit dan syarikat pengedar logam berharga yang terulung di Malaysia
dan Asia, seperti MyNet Capital Sdn Bhd dan World Dirham Berhad untuk
pasaran Malaysia. Di negara lain, H2O Premium Management Sdn. Bhd.
(melalui Leverage3 International Ltd), telah bekerjasama rapat dengan
Auruma International Ltd, Singapore Precious Metals Exchange Pte Ltd
dan SGNet Pte Ltd.
Dengan lembaga pengarah dan kumpulan pengurusan yang berpengelaman
lebih 30 tahun dalam industri perbankan dan kewangan, pelanggan dijamin
piawaian dan praktis yang berkualiti tinggi, serta perkhidmatan yang
mengungkil kepakaran, pengetahuan, rangkaian dan kakitangannya.